Seperti yang sedia maklum, baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita dan pengumuman Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Najib Tun Razak yang merupakan Menteri Kewangan di Malaysia.
Antara Bajet 2014 untuk para pelajar khususnya pelajar Universiti sama ada IPTA mahupun IPTS ialah :
- Kerajaan meneruskan program Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi dan pra universiti sebanyak RM 250 seorang.
- Kerajaan memperuntukkan RM325 juta kepada 1.3 juta pelajar seluruh negara untuk BB1M.
http://www.tv9.com.my/beritatv9/news-bajet/Bajet_2014_Peruntukan_RM865_Juta_Untuk_Pelajar.html#.Un80jHBHKtA
Manfaat yang boleh kepada para pelajar ialah:
- Menggunakan untuk proses pembelajaran contoh membeli buku rujukan untuk sesuatu pelajaran.
- Sebagai bahan tambahan kepada pelajar.
- Tidak perlu menggunakan wang yang banyak untuk membeli buku pembelajaran.
Bagi pendapat saya, kebarangkalian kesan daripada Bajet 2014 untuk para pelajar ialah:
- Pelajar berkemungkinan akan menggunakan baucer buku tersebut untuk membeli perkara yang tidak berguna seperti membeli benda yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Contohnya, pendrive, majalah hiburan dan komik. Ia bukan sahaja membazirkan wang kerajaan malah akan melalaikan kepada pelajar.
Secara kesimpulannya, bajet yang diperuntukkan untuk pelajar mestilah seiring dengan keperluan semasa seseorang pelajar bukan keinginan semata-mata. Kerajaan seharusnya memperuntukkan wang untuk kebaikan yang lebih baik kepada pelajar khasnya pelajar Universiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan