Isnin, 7 Oktober 2013

Keracunan Makanan..

Bagi pendapat sesetengah orang, keracunan makanan adalah perkara biasa kerana penyakit berkenaan senang disembuh. Tetapi baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kematian tiga orang selepas memakan makanan di sesebuah kenduri di negeri Kedah. Berita selajutnya di akhbar Berita Harian. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3mati_2kritikalkeracunanmakanankendurikahwin/Article/

Keracunan makanan boleh didefinisikan sebagai virus atau kuman yang mempengaruhi manusia melalui terkontaminasi makanan atau air. Antara kuman yang menyebabkan keracunan makanan ialah Campylobacter enteritis, kolera, E. coli enteritis, Staphylococcus aureus, Shigella, Listeria.

Antara simpton-simpton yang sering terjadi akibat keracunan makanan ialah rasa sakit perut, mual, muntah, kelemahan, demam dan menggigil.

Penyakit ini boleh diatasi jika kita menjaga kebersihan seperti membasuh tangan sebelum makan. Selain itu, kita mestilah memakan makanan yang sudah dimasak bukannya makan makanan mentah. Jika kita mengalami penyakit ini, disarankan bersegera berjumpa dengan doktor.

Antara petua orang tua jika kita terkena penyakit ini ialah dengan meminum air kelapa muda kerana ia dapat melega perut dan menghilangkan racun dalam badan kita.

Gambar-gambar keracunan makanan :

pesakit yang mengalami keracunan makanan

sumber :http://www.news-medical.net/health/What-is-food-poisoning-(Indonesian).aspx

Tiada ulasan:

Catat Ulasan