Khamis, 31 Oktober 2013

Bajet 2014..manfaat dan kesan terhadap pelajar Universiti..



Seperti yang sedia maklum, baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita dan pengumuman Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Najib Tun Razak yang merupakan Menteri Kewangan di Malaysia.

Antara Bajet 2014 untuk para pelajar khususnya pelajar Universiti sama ada IPTA mahupun IPTS ialah :

  • Kerajaan meneruskan program Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi dan pra universiti sebanyak RM 250 seorang.
  • Kerajaan memperuntukkan RM325 juta kepada 1.3 juta pelajar seluruh negara untuk BB1M.
Untuk maklumat lanjut. Boleh melayari laman ini tentang Bajet 2014
http://www.tv9.com.my/beritatv9/news-bajet/Bajet_2014_Peruntukan_RM865_Juta_Untuk_Pelajar.html#.Un80jHBHKtA

Manfaat yang boleh kepada para pelajar ialah:
- Menggunakan untuk proses pembelajaran contoh membeli buku rujukan untuk sesuatu pelajaran.
- Sebagai bahan tambahan kepada pelajar.
- Tidak perlu menggunakan wang yang banyak untuk membeli buku pembelajaran.

Bagi pendapat saya, kebarangkalian kesan daripada Bajet 2014 untuk para pelajar ialah:
- Pelajar berkemungkinan akan menggunakan baucer buku tersebut untuk membeli perkara yang tidak berguna seperti membeli benda yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Contohnya, pendrive, majalah hiburan dan komik. Ia bukan sahaja membazirkan wang kerajaan malah akan melalaikan kepada pelajar.

Secara kesimpulannya, bajet yang diperuntukkan untuk pelajar mestilah seiring dengan keperluan semasa seseorang pelajar bukan keinginan semata-mata. Kerajaan seharusnya memperuntukkan wang untuk kebaikan yang lebih baik kepada pelajar khasnya pelajar Universiti.






Isnin, 7 Oktober 2013

Keracunan Makanan..

Bagi pendapat sesetengah orang, keracunan makanan adalah perkara biasa kerana penyakit berkenaan senang disembuh. Tetapi baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kematian tiga orang selepas memakan makanan di sesebuah kenduri di negeri Kedah. Berita selajutnya di akhbar Berita Harian. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3mati_2kritikalkeracunanmakanankendurikahwin/Article/

Keracunan makanan boleh didefinisikan sebagai virus atau kuman yang mempengaruhi manusia melalui terkontaminasi makanan atau air. Antara kuman yang menyebabkan keracunan makanan ialah Campylobacter enteritis, kolera, E. coli enteritis, Staphylococcus aureus, Shigella, Listeria.

Antara simpton-simpton yang sering terjadi akibat keracunan makanan ialah rasa sakit perut, mual, muntah, kelemahan, demam dan menggigil.

Penyakit ini boleh diatasi jika kita menjaga kebersihan seperti membasuh tangan sebelum makan. Selain itu, kita mestilah memakan makanan yang sudah dimasak bukannya makan makanan mentah. Jika kita mengalami penyakit ini, disarankan bersegera berjumpa dengan doktor.

Antara petua orang tua jika kita terkena penyakit ini ialah dengan meminum air kelapa muda kerana ia dapat melega perut dan menghilangkan racun dalam badan kita.

Gambar-gambar keracunan makanan :

pesakit yang mengalami keracunan makanan

sumber :http://www.news-medical.net/health/What-is-food-poisoning-(Indonesian).aspx

Khamis, 19 September 2013

Sambutan Hari Malaysia..

Tanggal 16 september 2013. Semua penduduk di Malaysia akan meraikan hari bahagia tersebut. Tidak kira berlainan agama, bangsa dan keturunan. Mereka akan turut serta dalam memeriahkan hari tersebut.

Di Malaysia, pelbagai aktiviti akan diadakan. Seperti contoh, perarakan kereta berhias, pertandingan sesuatu yang berkaitan dengan hari Malaysia seperti cogan kata. Tetapi lain pula sambutan hari Malaysia di Universiti  yang saya belajar sekarang ini iaitu di Universiti Utara Malaysia. Dimana pada setiap tahun Dewan Penginapan Pelajar atau nama singkatannya DPP akan menyambutnya dengan penuh meriah. Dimana setiap DPP akan menghantar wakil bagi setiap kategori seperti pembarisan dan "cheerleader". Kereta berhias turut menjadi salah satu kategori.


Ahad, 15 September 2013

As a Student..

yess!!..semua yang ade di Malaysia mungkin..pernah menjadi seorang pelajar..termasuk saya juga..saya pernah menjadi seorang pelajar dan sekarang masih menjadi seorang pelajar..

Apa yang best menjadi seoarang pelajar??..persoalan itu pernah suatu ketika dahulu bermain di kotak fikiranku ini..tapi selepas meningkat umur dari tahap kanak-kanak ke remaja dan sekarang seorang belia..baru saya tahu apa yang bestnya menjadi seorang pelajar..banyak jugak la kelebihannya..nak tahu??

Antara kebaikannya:-
 * banyak pengetahuan dan ilmu yang dapat diterapkan di dalam diri
 * selain itu, kita tak payah nak fikir pasal hal lain..hanya just study (seronok tau)
 * sangat-sangat enjoy.
 * dapat banyak kenalan.
 * boleh berfikiran lebih matang
 * tahu cara berfikir secara kritis dan kreatif.

itu saje..tapi sebernanya banyak lagi..fikir sendiri jer la..mesti semua dapat tahu kann..ape yang terbaik dan buruknya..